miera mieya

Friday, April 29, 2011

Hey semua,

Hari nie adalah sedikit story yang nak kongsi bersama dengan pembaca blog saya nie..pasal LELAKI!!!
Last week aku banyak terdengar kisah sedih kaum HAWA yang sering menjadi bahan mainan di kaumADAm nie!!!
Kenapa kami si kaum HAWA diperlakukan sedemikian rupa??
jom saya nak berkongsi cerita dan tips tentang topik hangat hari nie :

KENAPA LELAKI SUKAR MEMAHAMI

Sejak kebelakangan nie....aku selalu terima sms ..fb chat dari salah seorang kaum hawa nie yang selalu sedih dengan sikap bf dia yang sejak 2 menjak nie buat dia macam alat permainan...sepatutnya dalam kes nie sapa yang perlu dipersalahkan???

Dia selalu cerita pada aku mengenai perangai bf dia yang pelik tapi benar..Aku pun susah nak mempercayainya tapi itulah LUMRAH SEORANG INSAN YANG BERNAMA LELAKI. Ini bukan kes nak menjatuhkan sesiapa tapi itulah hakikatnya kisah cinta.

Memang perempuan tak boleh tanpa lelaki dan lelaki juga ada perasaan yang sama.Tapi yang tak ada perasaan macam itu kita tak boleh nak buat apa. :)

Tapi yang peliknya lelaki nie klu dah tak suka kenapa perlu nak bercinta berbulan-bulan..bertahun-tahun....sampai kita dah rasa sayang dan berikan segala kasih sayang kita tiba-tiba baru nak buat pasai..kenapa perlu nak seksa kami di kaum HAWA nie...MEMANG kami nie kaum yang lemah dan tak berdaya tapi tak semestinya kami boleh diperlakukan sedemikian rupa....
sakit hati ooo klu buat kami cam tue...

Kononya sayang...tapi sayang apa sanggup biarkan kekasih hatinya menangis dan bersedih??patutkah macam tue ??..Kekadang tue meluat juga dengan LELAKI nie...kenapa perlu buat perangai yang tak elok tue.Klu betoi anda tak sayang dengan kekasih anda.Just BREAK OFF tak payah nak layan atau nak lepaskan ayat yang menyakitkan hati macam orang bodoh...lelaki jenis macam nie...bukan apa..depa nie penakut..tapi konon berlaku macho..pirahhhhh

Bagi aku sendiri.Kalau ada lelaki yang perangai macam tue.Aku terus buang ja dari hidup aku...Bukan dia sorang ja yang ada dalam dunia nie banyak lagi orang yang ada...Tapi klu dah sayang tue merebak dalam diri dan boleh katakan dah bersatu...memang agak susah nak buang..Aku memang akui benda tue..

Tapi sangat mengharapkan pada kaum ADAM nie..janganlah terlalu mempersiakan kaum HAWA. kalau dah tak sayang tinggalkan kami secara baik dan biarkan kami hidup bahagia dengan insan yang bisa berikan kami kebahagian.



dan saya berharap sangat yang lelaki nie tak mengecewakan hati seorang perempuan yang memang sayangkan dia.Jangan jadi macam jantan dalam gambak nie...semua nak sapu.....

Okaylah..hopefully benda nie memberikan manfaat pada semua orang.Mungkin tak lengkap isinya tapi sekadar menambahkan ilmu cukuplah :)



TIPS CINTA kali nie...ialah tips bagaimana jadi seorang PEREMPUAN yang cekal : 

  1. Kalau dah nampak perangai BF anda pelik, jangan suka serbu tembok..Kang nahas la jadinya.Seeloknya cuba tanya dulu..
  2. Jangan nampakkan kelemahan kita pada lelaki..Sebab itu mereka akan rasa depa hebat sebab kita sedih sebab mereka.
  3. Jangan menangis depan BF...sebab nampak sangat anda seorang yang tak boleh tanpa dia...
  4. Pegang prinsip HILANG 1 ...10 MARI...hahhahaha
  5. Jangan terlalu mengharapkan dari seorang lelaki.
  6. Jangan berikan 100% kasih sayang & kepercayaan pada lelaki.Sebab 1 hari ia akan hancur juga.TRUST ME!!
  7. Jangan terlalu percayakan kata-kata dna janji-janji manis lelaki..kerna kadang kala itu cuma lakonan semata-mata..Bak kata peptah..DISANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA JALAN.
  8. PENTING!!!jangan cepat berkawan dengan lelaki yang anda baru kenal dalam masa 7 hari - 2 minggu...tak elok...sebab anda masih tak kenal hati budinya lagi..
  9. Jangan terlalu ikut cakap Bf sebab tak pasti lagi dia tue SUAMI anda!!
  10. Yang paling UTAMA....Orang perempuan kena kuat dalam mengharungi segala ranjau onak dan duri...sebab itu adalah sifat utama kita...:)

Hopefully mereka yang membaca nie...dapat semangat baru...Bukan nak KONDEM sesiapa tapi nak bagi semangat pada si HAWA untuk menjadi seorang wanita yang cekal , tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan didunia ini..

Thursday, April 28, 2011

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

Monday, April 18, 2011

cinta sejati

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

----------TAMAT------------

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

Bila kita sayang org tue

Bila kita sayang org tue

Biler kiter syg org tu,
Kita tnggu dia lame pn x per,
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2...
Ati kate ala,adatlah ada yang mnunggu & d’tnggu...

Biler kiter syg org tu,
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan,ada dia lyn kiter???
Ati kate,x pe dia busy kott!!!

Biler kiter syg org tu,
Kita gdh ngan dia,kita dim jea...
Tp dia heboh 1 dunia...
Ati kate x pe,dia tension tue...

Biler kiter syg org tue...
Kita kol nak ckp ngan dia...
Tp dia bg phone kat org len atau matikan...
Biler jd cm2,x pe...
Ati kata,x pe...lyn je,kwn dia,kwn kiter gak...


Biler kiter syg org tu...
Kita b’cerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik...

Tp biler dia bercerita ngan kita???
Kita dgr,sepatah2 kite kena ingt...
klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu,
Kita & dia lpr...
Tp kiter bg sume roti kita kat dia...
Ati kata,ala jaga lh ati dia,sian dia…

Biler kiter syg org tue,
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih,dia srh jugak kiter lyn dia bila dia bsn...
Adil ker???Ati kata,ala bukan selalu pun...

Biler kiter syg org tue,
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita,
Ati kata,ala x pe,x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam...

Biler kiter syg org tu,
Kita x pnh pntingkan diri sndri,
Tp dia hpokrit thp gaban..
Ati kata x per,dia mmg cm2 kene lah trima...

Biler kiter syg org tue,
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya,
Tp dia x tahu kiter b’dpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit bese2 jer,jgn nk mngrt...
Ati kata,cmnelah dia biler kiter x de,msti dia hepi...

Biler kiter syg org tu,
Kiter x snggp tngk dia derita,
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tue,
Kiter snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia...
Tp adakah dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata,x pe,janji dia bhgia...

Dan...
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya...
Dia dtg ziarah pusara kiter...
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah bwt kiter tnggu dia...
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn...
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan ati kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah bwt kiter klprn sbb dia...
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter...
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan skt kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri...
Dia mintak maaf sebab x pernah tngk p’deritaan kiter...

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....

HARGAILAH ORNG2 YG KITA SAYANG.

Wednesday, April 13, 2011

keje...:)

sg.wang...nme tmpt ak keje..kt ni ak jd pmbntu dpur..ak kne wk kek...this is my first experience..wow..very challenges...dh r wk kek..mnd ygx pnoh hyt ak wk...ak start keje pd 27/3 b'samaan ari ahd..ak dk ostel yg dsediakn tuk kmdhn ak n pkje2 laen..first day ak keje..???uh..mmg lth..p best gop r..ak kne wk kek..ak xau nk wk npe..so,,t'pkse byk tnye nk wk npe,nk wk gne,n byk ag r..first day ak agk baek..p g2 arh..ble ak blk,,kak blk ak xdk,time diaorg lop keje..dioarg salesgirl..ak dk t'perp je lam blk.uh..bosn guh..nk g jln kn,,sorg lop..xbeh lau jln sorg2..hurm..ak pn pe ag,,tdo je r..hahahah..bosn agt ekpn..2,3 hri pas 2 mmbe ak dpt keje kt kdai tpon...ak da x kesunyian...coz ak dpt rht sme2 ngn ye..huhuhu...lau ye rht,,ak tmn..huhuh...keje ak agk pnt tp best gop r kdg2..ak ske wk keje kt blk ising..ley hias kek..first time hias kek..???t'ketr2 tgn ak..mse first day ak da hias 2 kek..ak hias kek vnila..nsb baek ad org bli...huhuhu...mknenye lawo gop r ak hias or..huuhuhu(prsn r ni ea)...ak da blja wk mcm2 jns kek..best gop r..p ak xthn r...lth coz x ley nk ddk..kdg2 ak blk smpi kul 5..mmg lth..da la x ley rht..huh..rezak...ak b'sbr je...smpi la 1 hri ak x thn n ak b'hnti keje...ak pom cri keje laen..last2 ak dpt gak keje kt the store..jd cashier..huhuhu..tkt gop nk kejeea..ak akn start keje pd 17/4 ni..huhuhu